Monday, September 8, 2014

AkU tEtAp AkU




Erm....ya terpanggil nk tulis blog lagi bila org pagil ya ngn pagilan yg mcm2..ada pagil yaya,,ada pagil yana,,ada panggil nadia, faryana, nur, nad pn ada..hehehe..apa2 pn paggilan yang diberikan utk ya, aku tetap aku..

Sorry to say la..ya xske dengan ayat "be your self"...sb kta akan jd seorang yg penting dri dan xberadab.. ye la, bila kita jd diri kita, kta akan wat semua perkara ikut suka hati dan kehendak kita tanpa kita peduli pasal org lain...

salah tuuuu...kita sepatutye pandai bawak diri ikut kesesuaian keadaan dan situasi.. xkesah la org nk ckp kita hipokrit ke.. bajet ke...yg penting kita pandai bawak diri..

org akan nilai kita bergantung pada perwatakan kita jgk... jgn smp mencemarkan maruah diri dan keluarga sudah la... yg penting skali maruah agama!

sblom undur diri, last skali ya nk ckp, semuanya akan berubah seiring dgn perubahan semasa... sebanyak mana pn perubahan fizikal ya,, watak ya,, peranagi dan tingkah laku ya,, ya tetap ya yg sama... mcm mane kalian kenal ya yg dlu, mcm tu jgk la ya yg sekarang dan akan dtg...pemilik jasad ini tetap yg sama sehingga ke akhir hayat..♥






Sunday, September 1, 2013

LAngkAh dEmi LAngkAh..



Assalamualaikum semua...(semua tu sape erk? erm...sape-sape je la..dah baca tu jgn lupe jawab salam...hehehe)

Hmmmmmmmm....hari ni tetiba budak kecik ni rasa nk berblog...

Sekarang budak kecik ada kat Pustaka Awan Negeri Terengganu..jam menunjukkan pukul 13:36..dah berjam2 dah ya kat sini...orang lain sibuk mentelaah buku tp budak sorang ni sibuk mengelamun..hahaha...

Sedar tak sedar,,, untuk setakat ni, ya dah pun lepasi beberapa peringkat kehidupan ya... ya dah habis blajar,,,ya dah konvo..ya dah bertunang...eeerrmm...macam best je bunyi kan??? Dulu ya rasa lambat sgt masa berlalu tapi sekarang  apa yang ya harapkan dulu dah pun terjadi...Sebab tu la kita kena yakin dan percaya dengan kuasa Allah.

Alhamdulillah...dah 24 tahun masa berlalu....dan dah pasti ada turun naiknya..macam tangga..bila kita naik kita keatas dan bila kita turun kita dibawah...kadang-kadang kita tak nak turun tp kita terpaksa turun dan ada kalanya kita tak nak naik tp kita terpaksa naik jugak....tu la lumrah kehidupan...Apa2 pun yang terjadi dan kadang-kadang yang terjadi tu diluar kehendak dan kemampuan kita tetap perlu hadapi...

Kita merancang, Allah juga merancang...Sampai satu saat kita berhenti merancang, tapi Allah masih merancang untuk kita...dan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...apa yang jadi, telah pun terjadi...terpulang pada kita nak hadapi hari mendatang pulak macam mana...

Alamak...ape yang ya cakap ni....tu la...mengelamun banyak sgt...hehehe....

Apa-apa pun, moga ada sinar untuk hari mendatang dan jangan terus berputus asa untuk jadikan kehidupan kita lebih baik supaya kita dapat melangkah ke atas dan sudah pastinya kita tak keseorangan...

Tata..Titi..Tutu..(n_n)v
Better feeling for better life....











Monday, November 5, 2012

mEncARi jEjAk



Dah lama rasanya ya xberblog.. ntah nape, hari ni tetiba jari kecik ni terasa nk menaip..menaip..menaip..dan terus menaip.. mungkin ada kekosongan yang cuba nk ya penuhi..tp kekosongan apa? 

Sungguh...kesibukan hari-hari membuatkan banyak benda ya alpa..banyak benda ya lalai dan banyak benda ya abaikan.. Kesibukan inilah yang menyebabkan terbitya kekosongan tu..Sungguh,,,hati ni terasa kehilangan..kehilangan jejak diri yang cuba ya cari balik. Ya sedar akan kehilangan tu. Tetapi hati keras ya menghalang ya dari berpatah balik. 

Kekosongan tu makin ya terasa bila ya sendirian. Maafkan ya sb kealpaan ya pada diri sendiri dan org lain. Hari ni ya nekad tak akan biarkan kekosongan tu terus mendekati. Ya tahu, masih ada peluang utk ya isi dan perbaiki perkekosongan ni. 

Ya Allah, lindungilah, didiklah, bimbinglah, bantulah diri  dan hati ini..hanya padaMu aku meminta dan hanya padaMu aku berserah...


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)




Tuesday, March 27, 2012

truE mUSLim LifE...




Surah Al-'Asr, Surah ke 103 iaitu surah berkaitan tentang MASA

5 perkara sebelum lima perkara:

Muda sebelum Tua
kaya sebelum Miskin
Sihat sebelum Sakit
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

"Utamakan yang penting dari yang penting"

Jika kita perlu memilih di antara dua perkara, macam mana kita nak tahu sesuatu perkara tu penting?? PILIHLAH PERKARA YANG BOLEH TINGKATKAN IMAN..!

Menguruskan Masa:
1. Tarbiah No.1 tapi study bukan no.2.
2. Menganalisis dan menyusun tugasan mengikut keutamaan.
3. Tidak menangguh..!!
4. Belajar mengatakan TIDAK kepada keinginan
(hendak tetapi tidak penting bukanlah keperluan)
5. Berbincang atau meminta pendapat orang lain sebelum membuat keputusan.

p/s~ Sekadar perkongsian..(n_n)v








Thursday, January 5, 2012

CiNtA

Ada pepatah mengatakan tiada kehidupan tanpa cinta....


Cinta itu universal...Cinta pada Allah, rasul, sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Ada cinta kerana adanya sayang.. Cinta kadang-kadang boleh bertukar menjadi benci, kerana cinta juga manusia boleh bermusuhan.


Cinta itu beza dengan suka...Cinta boleh jadi suka tp suka bukanlah cinta..kerana suka akan hilang dibawa masa namun cinta akan kekal bersama dengan masa.


Jika kita cari cinta manusia, kita akan hilang cinta Allah tapi klu kita cari cinta Allah, akan datang cinta manusia, jadi cinta Allah yang perlu dicari kerana cinta Allah adalah cinta hakiki..


Syarak tak menghalalkan cara,,, begitulah juga dengan cinta. Cinta itu suci, jaganlah kita kotorkan cinta kerana pentingkan diri sendiri. Untuk mendapatkan cinta, kita tak boleh melanggar syarak dan agama. Berusahalah untuk mendapatkan cinta dengan cara yang betul iaitu yakin, jujur, percaya dan ikhlas.


Jika cinta yang diinginkan itu memang milik kita, ia akan datang dengan sendirinya namun sekiranya ia bukan milik kita,,relakanlah cita itu pergi kerana cinta tak semestinaya memiliki...


p/s: Tak salah untuk bercinta tapi jagan tersalah memberi cinta..(n_n)v



sELAmAt tAhUn bArU 2012..!!



Selamat tahun baru semua!!.erm...ape yang korang buat mase malam tahun baru? tengok tv? tido? main game? makan? ikot ske la wat ape2 pun..hehe..malam tahun baru ya duk depan tv je ngan adik ya yang no 5 (emi)..sambut tahun baru depan tv je sebab kat luar hujan lebat..xboleh nak main bunga api..hehe

Emmm,,,dah masuk tahun baru ni, cam ne ngan azam tahun lepas?? terlaksana x? ke pakai tunda tuk tahun ni je? atau pun dah lupe??huhu..Azam ya yang tahun lepas ada yang terlaksana dan ada jugak yang x...ngee..

Tahun ni insyaAllah ya akan tanam azam baru dan akan cuba capai..azam ni sebenarye matlamat kita tuk capai apa yang kita nak,,klu kita xada matlamat dalam hidup, kita xkan ada hala tuju..azam ni jugaklah yang akan menjadi pendorong untuk kita perbaiki diri kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..Setiap org mesti ada sesuatu yang ingin dicapai dalam hidupnya, begitu jugak la dgn ya...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11"


P/s: Apa pun azam & matlamat kita biarlah baik untuk diri kita dan orang lain..jgn sesekali kita jatuhkan orang lain utk capai apa yang kita nak..(n_n)v



Friday, November 18, 2011

rEzEki....




Ape tu rezeki? erm...ada org cakap rezeki tu harta/duit..ada org cakap rezeki tu apa yg ada kat diri kita...ada org cakap rezeki tu sesuatu yg kita dapat tanpa kita jangka...ada org ckp rezeki tu kejayaan kita... penafsiran rezeki tu berbeza-beza,,ikut pemikiran dan pandangan masing-masing la..

Pernah tak kita tahu dari mana rezeki tu datang??? dari usaha kita? dari nasib kita? dari orang lain??? Sebenarya rezeki yang kita dapat adalah dari Allah..semuanya dari Allah, milik Allah dan pinjaman sementara dari Allah...bila-bila masa je Allah boleh ambil dari kita. Ini tak bermaksud bila Allah kurangkan rezeki kita tanda Allah tak sayangkan kita tapi Allah kurangkan rezeki kita untuk bagi peringatan pada kita sb manusia ni selalu lupa. Tulah tanda kasih sayang Allah.

Kita sepatutnya bersyukur dgn rezeki yang kita ada sekarang...tanpa bersyukur ni la muncul iri hati,,cemburu,,marah,,putus asa dan berlaku la perkara yg xsepatutnye,,,ada yang gunakan cara halus seperti sihir,, santau,, pukau,, supaya org yg dicemburui tu merana..nauzubillah! ada juga yang guna cara kasar seperti merompak, menipu, rasuah dan macam2 lagi.

Knp kita perlu cemburu dgn apa yg org lain miliki? Allah dah bagi rezeki tu adil sb Allah lbh tahu apa yg terbaik utk kita. Ingatlah, dalam rezeki yg kita miliki tu, ada jugak rezeki milik org lain. Jadi cara kita nak bersihkan rezeki kita tu adalah dgn sedekah n zakat...kita jgn la kedekut sgt,,InsyaAllah, Allah akan pertambahkan rezeki kita tanpa kita sedar..

Untuk rezeki yang diberkati, kita mestilah pastikan rezeki yang kita dapat tu adalah hasil yang halal sb rezeki tu akan jadi darah daging kita dan keluarga kita. Biar kita susah mana pun,, tapi jgn la sampai sanggup kita guna cara kotor tuk dapatkan rezeki,,rezeki tu kan milik Allah jadi mintaklah dengan Allah,,,berdoalah sungguh-sungguh,,insyaAllah Allah akan dengar doa kita..tp jgn hanya berdoa je, usahalah!!!!..pintu rezeki Allah ni banyak sangat,,semuanya bergantung pada pilihan kita..


p/s~ Apa yang kita dapat dan ada adalah rezeki kita dan apa yang orang lain dapat dan ada adalah rezeki mereka,,,jadi xperlulah kita cemburu dgn apa yang orang lain miliki..dhuha salah satu pintu rezeki Allah..(n_n)v