Thursday, September 15, 2011

SELAMATKAN TEBUAN..???


Begini kisahnya,,pada suatu hari,ada seorang budak lelaki yang baru pulang dari sekolah. Ketika berjalan pulang, budak lelaki tersebut terpandang seekor tebuan berada di atas jalan raya. Tebuan tersebut berada dalam keadaan terbalik dan berusaha untuk bangun. Budak lelaki tersebut berasa kasihan melihat terbuan tersebut dan bimbang sekiranya tebuan tersebut dilanggar kereta. Budak lelaki itu berlari untuk mendapatkan tebuan dan memegang tebuan tersebut dengan niat untuk membantu tebuan tersebut bangun..Tiba-tiba tangan budak lelaki itu disengat tebuan,,,jarinya kemerahan dan membengkak… budak lelaki tersebut pulang ke rumah sambil menangis dan memegang tanganya yang semakin membengkak. Setibanya dia dirumah,,ibunya bertanya mengapa tanganya begkak..budak itu menjawab…”DIA HENDAK SELAMATKAN TEBUAN”

Menarik ke kisah ni???? Entah kenapa,,setelah mendengar kisah ini,,ya rasa sangat tertarik dan tersentuh. Pada orang lain mugkin kisah menyalamatkan tebuan ini tiada apa-apa. Tapi pada ya,,ada sesuatu nilai yang sangat tinggi yang ada dalam diri si kecil itu yang sukar untuk difahami.

Apa yang ya dapat belajar dari kisah ni? Erm….HATI budak tu baik sangat,,kerana belas kasihan pada tebuan tu, tanpa memikirkan dirinya yang mungkin dilanggar kereta atau bahaya akibat disengat tebuan,,budak tersebut terus berlari untuk mendapatkan tebuan. Akhirya, tebuan yang diselamatkan itu menyengat dirinya. Cuba renungkan tentang diri kita, pernahkah kita terdetik untuk menyelamatkan serangga sekecil itu?

Kisah ini mungkin berhenti disitu. Tapi pada ya tidak,,ya sangat yakin yang budak itu akan membesar degan membawa sekeping daging yang murni..iaitu HATI..

Ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pila seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.”

( h.r Bukhari dan Muslim)



No comments:

Post a Comment