Monday, April 11, 2011

bOsAn..???? bOsAn.....!!!




Semakin hari semakin bosan..itu lah yang sering diungkapkan oleh sesetengah orang termasuk juga diri ya.

Kenapa boleh timbulnya perasaaan bosan??? Sedangkan di muka bumi ini banyak perkara yang boleh dilakukan dan boleh diterokai.

Bosan boleh berlaku apabila kita melakukan sesuatu perkara yang sama berulang-ulang kali. Manusia mempunyai nafsu, keinginan, kehendak dan sikap yang berbeza-beza. Itulah yang membentuk sikap bosan dalam diri seseorang individu. Sesetengah orang mudah bosan dan sesetengahya pula tidak mudah bosan. Semuanya bergantung pada minat dan sukanya seseorang terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.

Apa yang akan terjadi bila kita lakukan sesuatu yang kita tidak suka?? Atau terpaksa?? Mugkin kita akan melakukannya dengan tidak bersungguh-sungguh atau pun emosi kita akan terganggu apabila melakukan kerja tersebut. Kita mugkin akan mudah berasa marah, mudah untuk menangis, mudah tersinggung dan mugkin juga kemurungan.

Kenapa pula kita terpaksa buat perkara yang kita tidak suka??? Sebab kita hendak menjaga hati orang lain, sebab kita ingin memenuhi permintaan orang lain, sebab kita hendak orang yang kita sayang berasa gembira dan berbangga dengan kita atau mugkin sebab hidup kita ini telah diletakkan peraturan dan garis panduan yang jika kita tersasar, ianya akan membinasakan kita.

Peraturan yang telah Allah tetapkan tidak sedikit pun membebankan kita tetapi peraturan yang ditetapkan oleh manusialah yang sentiasa mempunyai kelemahan dan sentiasa bertentangan dengan kehendak kita sebab peraturan yang dibuat oleh manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Apa kita perlu lakukan dan bertindak apabila kita tidak suka dengan apa yang kita terpaksa buat??? Kita perlu ubah caranya mengikut kesesuaian dan minat kita atau pun kita ubah cara pemikiran kita. Namun, jika kita tidak mampu juga untuk melaksanakannya, kita perlu berterus terang yang kita tidak suka. Sesetengah perkara boleh dipertimbangkan.

Kita sebagai manusia janganlah terikut sangat dengan nafsu dan kehendak hati kerana perkara yang kita tidak suka inilah mugkin penting untuk diri kita dan orang lain. Dalam apa jua tindakan yang kita lakukan kadang-kadang perlu ada pengorbanan.

P/s~ kita hidup di muka bumi ini adalah untuk sementara sebelum ke alam yang kekal abadi dan kita hidup juga bukanlah bersendirian. Oleh itu, kenapa kita tidak boleh bertolak ansur dengan diri kita dan orang sekeliling? Semuanya bergantung kepada diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapinya..(n_n)v

No comments:

Post a Comment