Friday, November 18, 2011
rEzEki....
Tuesday, September 20, 2011
iNgiN bErkOgSi
Monday, September 19, 2011
sELAmAt hAri jAdi UMI…!!
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-46 buat umi yang tercinta..semoga umi sentiasa sihat, dipanjangkan umur, murah rezeki dan berbahagia selalu..amin..amin..amin…
Umi, maafkan naya sbb selama ni naya banyak menyusahkan umi. Maafkan naya sbb naya selalu wat umi risau n susah hati. Terima kasih umi sebab lahirkan naya.. terima kasih sbb bagi naya peluang tuk rasa suka duka hidup kat dunia ni…Naya tahu naya masih blum mampu balas jasa umi lagi…w/pun naya dh berumur 22 tapi naya seperti budak kecik yg masih perlu perlindungan, kasih sayang, jagaan n bimbingan dari umi..
Umi,,naya mintak maaf tuk segala dosa,silap n salah yang naya dah buat. Tolong doakan naya Berjaya,,tolong doakan naya jadi anak yang solehah,,naya perlukan doa n restu dari umi,,,naya sayangkan umi sangat2…!!
Thursday, September 15, 2011
SELAMATKAN TEBUAN..???
Begini kisahnya,,pada suatu hari,ada seorang budak lelaki yang baru pulang dari sekolah. Ketika berjalan pulang, budak lelaki tersebut terpandang seekor tebuan berada di atas jalan raya. Tebuan tersebut berada dalam keadaan terbalik dan berusaha untuk bangun. Budak lelaki tersebut berasa kasihan melihat terbuan tersebut dan bimbang sekiranya tebuan tersebut dilanggar kereta. Budak lelaki itu berlari untuk mendapatkan tebuan dan memegang tebuan tersebut dengan niat untuk membantu tebuan tersebut bangun..Tiba-tiba tangan budak lelaki itu disengat tebuan,,,jarinya kemerahan dan membengkak… budak lelaki tersebut pulang ke rumah sambil menangis dan memegang tanganya yang semakin membengkak. Setibanya dia dirumah,,ibunya bertanya mengapa tanganya begkak..budak itu menjawab…”DIA HENDAK SELAMATKAN TEBUAN”
Menarik ke kisah ni???? Entah kenapa,,setelah mendengar kisah ini,,ya rasa sangat tertarik dan tersentuh. Pada orang lain mugkin kisah menyalamatkan tebuan ini tiada apa-apa. Tapi pada ya,,ada sesuatu nilai yang sangat tinggi yang ada dalam diri si kecil itu yang sukar untuk difahami.
Apa yang ya dapat belajar dari kisah ni? Erm….HATI budak tu baik sangat,,kerana belas kasihan pada tebuan tu, tanpa memikirkan dirinya yang mungkin dilanggar kereta atau bahaya akibat disengat tebuan,,budak tersebut terus berlari untuk mendapatkan tebuan. Akhirya, tebuan yang diselamatkan itu menyengat dirinya. Cuba renungkan tentang diri kita, pernahkah kita terdetik untuk menyelamatkan serangga sekecil itu?
Kisah ini mungkin berhenti disitu. Tapi pada ya tidak,,ya sangat yakin yang budak itu akan membesar degan membawa sekeping daging yang murni..iaitu HATI..
Ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pila seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.”
( h.r Bukhari dan Muslim)
Wednesday, May 11, 2011
emO...!!!
Tuesday, April 26, 2011
sAyAng kAmoO..
Monday, April 25, 2011
faceboOk..facebOokkk...
iKAn gApi bErAnAk..
Tuesday, April 12, 2011
LiRiK dAmAi bErsAmA-Mu
Monday, April 11, 2011
bOsAn..???? bOsAn.....!!!
Semakin hari semakin bosan..itu lah yang sering diungkapkan oleh sesetengah orang termasuk juga diri ya.
Kenapa boleh timbulnya perasaaan bosan??? Sedangkan di muka bumi ini banyak perkara yang boleh dilakukan dan boleh diterokai.
Bosan boleh berlaku apabila kita melakukan sesuatu perkara yang sama berulang-ulang kali. Manusia mempunyai nafsu, keinginan, kehendak dan sikap yang berbeza-beza. Itulah yang membentuk sikap bosan dalam diri seseorang individu. Sesetengah orang mudah bosan dan sesetengahya pula tidak mudah bosan. Semuanya bergantung pada minat dan sukanya seseorang terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.
Apa yang akan terjadi bila kita lakukan sesuatu yang kita tidak suka?? Atau terpaksa?? Mugkin kita akan melakukannya dengan tidak bersungguh-sungguh atau pun emosi kita akan terganggu apabila melakukan kerja tersebut. Kita mugkin akan mudah berasa marah, mudah untuk menangis, mudah tersinggung dan mugkin juga kemurungan.
Kenapa pula kita terpaksa buat perkara yang kita tidak suka??? Sebab kita hendak menjaga hati orang lain, sebab kita ingin memenuhi permintaan orang lain, sebab kita hendak orang yang kita sayang berasa gembira dan berbangga dengan kita atau mugkin sebab hidup kita ini telah diletakkan peraturan dan garis panduan yang jika kita tersasar, ianya akan membinasakan kita.
Peraturan yang telah Allah tetapkan tidak sedikit pun membebankan kita tetapi peraturan yang ditetapkan oleh manusialah yang sentiasa mempunyai kelemahan dan sentiasa bertentangan dengan kehendak kita sebab peraturan yang dibuat oleh manusia berdasarkan akal dan nafsu.
Apa kita perlu lakukan dan bertindak apabila kita tidak suka dengan apa yang kita terpaksa buat??? Kita perlu ubah caranya mengikut kesesuaian dan minat kita atau pun kita ubah cara pemikiran kita. Namun, jika kita tidak mampu juga untuk melaksanakannya, kita perlu berterus terang yang kita tidak suka. Sesetengah perkara boleh dipertimbangkan.
Kita sebagai manusia janganlah terikut sangat dengan nafsu dan kehendak hati kerana perkara yang kita tidak suka inilah mugkin penting untuk diri kita dan orang lain. Dalam apa jua tindakan yang kita lakukan kadang-kadang perlu ada pengorbanan.
P/s~ kita hidup di muka bumi ini adalah untuk sementara sebelum ke alam yang kekal abadi dan kita hidup juga bukanlah bersendirian. Oleh itu, kenapa kita tidak boleh bertolak ansur dengan diri kita dan orang sekeliling? Semuanya bergantung kepada diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapinya..(n_n)v
Sunday, April 10, 2011
nOk cAkAk gAnu..
Ari ning ya nok cakak ganu. Dok kire la orang nok kate nape pong. Ning kang blog ya. kalu korang nok tau, ya ning dok reti sangak nok tulih blog2 ni.
Ya mule blajo wat blog pong dari kawang ya, Name dye Ain. Dye la hok mule2 tulong wat macang-macang kat blog ya ning. Ya tengok je dye buak sambir duk nganguk2 bile dye ajo. Pahang ke, dok pahang ke, tu lain citer. Hok peting ngaguk..hehehe.. siang lok ke Ain, due tige kali dye ajo. Tapi ya dok reti2 jugok. Sebak ya dok penoh pong buke blog pah dye ajo, dang dok penoh cube pong wat dhiri..sebak tu orang kate, practice make perfect...hehehe.. nape2 pong, terime kasih banyok2 kat Ain sebab sudi tolong ya...!!
Lame gok la ya dok buka blog ni pah Ain wat dulu. Tapi bile ya duk tengok romate ya beblog, terase lok nok buke blog diri. Pah tu ya buke la. Bile buke, petek situ, tekang sining,,,, lening kire buleh doh sikek2. Tapi dok panda macang ge orang lain la..huhuhu
Asaye ya dok tahu pong bakpe ya nok wat blog. Macang ge tak dok tujuang. Tapi orang wat ya wat gok..ngikuk katekang..hehehe.. Tapi lening ya tulih blog ni ya tahu doh pende tujuang ya. Ya ingak ya nok tulis blog ni nok kosi cite dang nok luoh prasaang. kalu bukang tuk orang lain pong tuk diri sndri gok.
Blog ni kirenye ala2 diari ya hok nombor due la. Ya kate g tu sebak ya ni dok suke naaik kat laptok.. Ya ni naaik lambak..tuk ketek tuk ketek..macang budok duk belajo ngeje..hehehe.. Jadi ya lebih suke tulih kat buku. Laju je bile nulih. Semangat skek..huhu... Lagi pong kalu diari buku ni kite buleh bowok g mane2 je..Dok kesoh pong. Hok peting ade kalang nge ketah..hekhekhek
Menulih ni peting tuk ya sebab ya ni jenih motivasi diri dengang luoh pade ketah. Kalu ya dok tulih, ya akang rase dok puah. Macang ade bende sekak dalang diri ya. Walau pun ya cube berkomunikasi dengan diri tapi dok leh sebab sume duk dalang otok. Tapi bile ya nulih ning, ya rase lega sebab ya lepah sume keluor sebab tu pentingye diari dalang hidup ya.
Eh,,,,doh nape pulok ya dok lalok ea?? nok cakak pasal blog je tapi ngarok doh..maah2..huhu...doh dokpe la...setakak ni dulu la ya naaik neh??..jupe pulok laing kali..ngee..bubyeeee.
P/s~ bahasa jiwa bangsa...(U_U)
Saturday, April 9, 2011
kEnALi DiRikU..
Apa ada pada 'NURNADIA FARYANA' ?
NURNADIA FARYANA
N = Naif
U = Untung
R = Ramah
N = Naif
A = Amanah
D = Dinamik
I = Ikhlas
A = Alim
F = Fleksibel
A = Abadi
R = Realistik
Y = Yakin
A = Asli
N = Naif
A = Adil
Ini adalah maksud nama ya berdasarkan huruf. Tapi nama ya dari segi kajian etimologi pulak berbeza maksudnya..
berdasarkan kajian etimologi,
NURNADIA FARYANA
Dalam bahasa Arab:
Nur = Cahaya
Nadia = Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan
Faryana/ farhana = Bahagia
Oleh itu, nama Nurnadia Faryana membawa erti cahaya yang membawa kesetiaan dan kebahagiaan.
Persoalannya, kenapa ya kaji tentang maksud nama ya???
“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)
Nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan manusia khalifah di muka bumi. Nama juga adalah amat penting dan merupakan keperluan utama terhadap kehidupan manusia kerana nama merupakan identiti pengenalan seseorang atau sesuatu benda..
Erm...betul ke ya ni orangnya seperti maksud nama ya kat atas?? macam perasan la pulak kan??hehehe..mmm...ape2 pun, i want to be my self. Ya xperlu hipokrit. Apa yang penting?? yang peting ya bahagia dan membahagiakan orang lain..Semoga semua hidup dalam lindungan jagaan dan rahmat Allah..amin..
p/s: Sebelum kita nak kenal orang lain, kita perlu kenal diri kita dahulu..dalam pepatah melayu pun ada kata,, " Tak Kenal, Maka Tak Cinta"..peace no war!!!..(n_n)